Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Tentang Nisfu Sa'ban

Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Muslim mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam karena tidak mau amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Fadhilat Nisfu Syaaban

Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali selepas Sholat Maghrib
1. Yaasiin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
2. Yaasiin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
3. Yaasiin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

Dan ada lagi informasi mengenai Malam Nisfu Sa'ban..

Diam tak diam rupanya kita telah berada di pertengahan bulan Syaaban. Maknanya dua minggu lagi kita berpuasa. Dan seperti tahun-tahun yang lalu pada pada malam tadi (Nisfu Sya'ban) umat Islam berkumpul di masjid atau surau di antara Maghrib dan Isyak untuk membaca surah Yasin secara beramai-ramai.

membaca Yasin sebanyak tiga kali disertai niat agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kuatkan iman dengan diiringi doa khusus.

Malam Nisfu Syaaban sangat istimewa berbanding malam lain kecuali malam Lailatul Qadr pada Ramadan.  Pada malam Nisfu Syaaban, pintu keampunan dibuka untuk semua orang yang berbuat dosa kecuali dosa mensyirikkan Allah SWT dan menyimpan perasaan dendam.

Ini bersandarkan hadis yang diriwayatkan Ibn Hibban dan al-Tabrani daripada Muaz bin Jabal bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Allah SWT menurunkan rahmat kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, lalu ia mengampuni dosa-dosa mereka, kecuali orang musyrik dan yang  menyimpan dendam." (Al-Muntaqa, 1/319, bil 533)

Walaupun ada yang mengatakan amalan membaca Yasin pada malam Nisfu Syaaban tidak pernah diajar Rasulullah SAW, tetapi ramai berpendapat tidak salah jika hendak membaca Surah Yasin secara  beramai-ramai pada malam Nisfu Syaaban.

Seperti juga dengan tahlil, doa arwah, talkin, upacara potong jambul dan sebagainya ada yang berpendapat itu amalan bidaah tetapi masih juga dilakukan oleh umat Islam khususnya di negara kita kerana mereka berpendapat amalan itu boleh dilakukan.

Dari Sumber Berita di Koran

Banjarmasin (ANTARA News)- Ribuan umat Islam di Kota Banjarmasin, Provinsi Kalimantan Selatan  (Kalsel) mengikuti ibadah malam nisfu sya`ban --menjelang tibanya bulan Ramadhan-- yang dilaksanakan hampir semua masjid dan surau yang ada di kota tersebut.

ANTARA News melaporkan bahwa yang mengikuti ibadah nisfu sya`ban di masjid tertua di kota ini, yaitu Masjid Jami Sungai Jingah Banjarmasin Utara, Sabtu malam melaporkan, ribuan jemaah mengikuti ibadah yang hanya setahun sekali tersebut.

Masjid yang berkontruksi kayu ulin (kayu besi) dan beton tersebut, tampak penuh sesak, sehingga jemaah memenuhi halaman bahkan menyita jalan raya.

Ibadah malam nisfu sa`ban di masjid tersebut dipimpin ulama muda kharismatik, KH Juhdi yang memimpin salat Magrib berjemaah dilanjutkan dengan pembacaan surat Yasin selama tiga kali.

Sebelum membaca surat Yasin secara bersama-sama ribuan jemaah itu, dilaksanakan doa meminta ampunan Allah SWT, serta dihapuskan segala dosa yang diperbuat, kemudian berdoa agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi keselamatan.

Doa lainnya meminta agar diampuni dosa para orang tua, tetangga, keluarga, serta dosa umat Islam Indonesia dan umat Islam di dunia.

Usai membaca surat Yasin tiga kali dilanjutkan dengan salat sunah Tasbih berjemaah selama dua kali dan salat Hajat.

Sementara itu, berdasarkan informasi yang dikumpulkan, ribuan jemaah juga memenuhi masjid terbesar Kalsel, Masjid Raya Sabilal Muchtadin, Masjid Noor, Masjid Jami Teluk Dalam, Masjid Sentra Antasari.

Berdasarkan kebiasaan umat Islam di Banjarmasin dan wilayah lain di Kalsel, selalu melaksanakan ibadah nisfu sya`ban.

Menurut pandangan umat Islam Kalsel, sepanjang tahun terdapat lima keutamaan yang cukup istimewa di sisi Allah SWT, yakni malam Jumat, malam Idulfitri, malam Iduladha, malam pertama bulan Rajab dan malam nisfu (pertengahan) bulan Sya`ban.

KH Juhdi mengatakan, Rasulullah Muhammad SAW dalam sabdanya kepada istrinya Aisyah RA, menerangkan keutamaan malam nisfu Sya`ban, yang merupakan malam mustajabah (dikabulkan) doa umat oleh Allah SWT.(*)
Dikesahkan bahawa satu hari Nabi Isa a.s berjalan-jalan maka ia terpandang sebuah gunung yang sangat besar maka beliau pun mendakinya sehingga sampai pada sebuah batu yang sangat putih, lebih putih dari warna susu

Apabila Nabi Isa a.s melihat batu itu, ia sangat kagum sehingga ia berpusing-pusing mengelilingi batu tersebut. Kemudian Allah s.w.t mewahyukan kepada beliau “Wahai Isa, adakah kamu mahu kalau aku tunjukkan yang lebih indah dan yang lebih mengkagumkan dari ini?”

Maka berkata nabi Isa a.s. “ Ya, aku hendak melihatnya”. Setelah nabi Isa a.s berkata demikian maka Allah s.w.t. pun memecahkan batu yang besar itu dan sebaik sahaja batu itu pecah maka kelihatan seorang tua berjubah putih sedang sholat, di sisinya ada sebatang tongkat dan setangkai buah anggur.
Apabila nabi Isa a.s melihat keadaan orang tua itu begitu rupa maka dia pun bertanya “ Wahai Sheikh, apakah yang sedang kamu buat di sini ?”.

Berkata Sheikh “ Inilah rezekiku yang Allah beri setiap hari”. Nabi Isa a.s bertanya lagi “ Sejak berapa lama kamu beribadat di sini ?. Sheikh menjawab “ Aku sudah berada di sini selama 400 tahun”.
Kemudian nabi Isa a.s bermunajat kepada Allah s.w.t. “ Ya Allah !, adakah engkau telah mencipta sesuatu yang lebih hebat dari apa yang aku saksikan pada orang tua ini ?”.

Allah mewahyukan kepada nabi Isa a.s. “ Wahai Isa, kalaulah umat akhir zaman (umat nabi Muhammad s.a.w.) menjumpai bulan Syaaban maka mereka mengerjakan solat Baraah pada malam pertengahannya ( malam nisfu Syaaban), niscaya solat itu lebih baik daripada ibadah hambaku ini selama 400 tahun”.

Kemudian nabi Isa a.s berkata “Alangkah bahagianya diriku ini sekiranya
aku dapat menjadi umat nabi akhir zaman”. ( umat nabi Muhammad s.a.w).


1. Mohon taubat dan keampunan diri
2. Membaca Al-Quran
3. Membaca Tasbih seperti:
4. Membaca Selawat kepada Nabi

4- KELEBIHAN BULAN SYAABAN (Rujuk Slaid 9)
Maksud Hadith : Daripada Nabi Muhammad s.a.w, sesunggguhnya bersabda: “Keistimewaan Bulan Syaaban adalah mengatasi segala bulan, sebagaimana keistimewaan para nabi dan Bulan Ramadhan adalah mengatasi keistemawan segala bulan. Sebagaimana Allah memberi keistimewaan kepada hamba-Nya”

1. Sabda Nabi s.a.w. Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kebaikan bulan Syaaban atas segala bulan adalah seperti kelebihanku atas kamu. Al-Hadith

2. Barang siapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan oleh Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan kepada nabi Allah Yusuf a.s di dalam syurga , diberi pahala oleh Allah seperti
pahala nabi Allah Ayub dan nabi Daud. Jika sempurnakan puasanya sebulan dalam bulan Syaaban , dimudahkan baginya oleh Allah Sakaratul Maut dan ditolak baginya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan baginya huru-hara Munkar dan Nakir, ditutup oleh Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan ke atasnya syurga. Al-Hadith

3. Barang siapa berpuasa pada awal hari Khamis dalam bulan Syaaban dan akhir hari Khamis dalam bulan itu., dimasukkan dia ke dalam syurga. Al- Hadith

4. Berkata Siti Aisyah r.a. Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w ialah bulan Syaaban. . Al-Hadith

5. Sabda Nabi s.a.w. Syaaban adalan bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikannya (rohani dan jasmani) . Al-Hadith 

6. Sabda Nabi s.a.w. Bahawa puasa Syaaban karena membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban kemudian dia berselawat kepadaku beberapa kali sebelum berbuka, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezeki baginya. Dan berkata Rasululah s.a.w lagi bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu 300 pintu rahmat. Al-Hadith

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban enam
golongan manusia:
a. Orang yang kekal minum arak
b. Orang yang durhaka kepada ibu bapa
c. Orang yang kekal dalam zina
d. Orang yang banyak berkelahi
e. Orang yang bersumpah palsu dalam jualannya
f. Orang yang mengadu domba

7. Riwayat daripada Abil ‘Asi. Sabda Rasulullah s.a.w. Pada malam Nisfu Syaaban setelah berlalu 1/3 malam Allah Taala turun ke langit dunia lalu berfirman; Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya. Adakah orang-orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya. Adakah orang-orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki dan perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Al-Hadith

8. Sabda Nabi s.a.w. Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Al-Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihanku atas segala ambia’. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala
makhluknya. Al-Hadith

9. Bulan Syaaban, keagungan malamya pada malam Nisfu Syaaban seperti mana keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata; Angkatlah kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 300 rahmat dan diampunkan sekalian orang yang tiada menyekutukannya (syirik) denganNya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibu bapa. Al-Hadith

10. Sabda Nabi s.a.w. Allah menilik hambanya dimalam Nisfu Syaaban maka diampunkan segala dosa makhluknya melainkan dosa orang syirik dan dosa orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.

 
Yang kuingat saat ini adalah bagaimana saya memohon doa kepada Allah di malam Nisfu Sa'ban pada waktu itu yang membuat kehidupan menjadi lebih baik dari keadaan yang sebelumnya.

1. MEMANJATKAN DO'A AGAR DIBERIKAN ISTRI YANG SHOLEHAH,
2. MEMANJATKAN DO'A AGAR DAPAT PEKERJAAN YANG DEKAT DENGAN KELUARGA.
3. MEMANJATKAN DO'A AGAR KEHIDUPANKU BAIK DI DUNIA DAN DI AKHIRAT AKAN SELALU TERSENYUM DAN BAHAGIA

ALLAHU AKBAR

Amin..

14 komentar untuk "Tentang Nisfu Sa'ban"

  1. Amin... tapi tadi ane ga sempet baca yasin T_T

    BalasHapus
  2. pembahasa yang cukup menarik

    http://poetrapisces.blogspot.com/

    BalasHapus
  3. amiin.. semoga doa kita terkabulkan...
    dan
    semoga kita bukan dr 6golongan yang tdk diampuni dosa oleh Allah SWT... (naudzubillah mindzalik)

    BalasHapus
  4. pembahasan yg sangant menarik n bermanfaat buat ku.smoga stelah baca ini saya mendapatkan pencerahan.amiiinnn.......

    BalasHapus
  5. Your blog is an excellent resource buddy! Great work...

    BalasHapus
  6. I like the picture very much. It is very heart touching.

    BalasHapus
  7. Excellent Post... Nice Tips. I think there is no denying that marketing your business online is a necessity in today’s market and social media networking is more effective way for new small business popularity.

    BalasHapus
  8. Your blog is awe-inspiring. I have found many new things. Your way of staging is also fascinating. You have elected very incredible topic. I appreciated it.

    BalasHapus
  9. I’ve recently started a blog, the information you provide on this site has helped me tremendously. Thank you for all of your time & work.

    BalasHapus
  10. I just want to say that It was very good post, it helped me in finding a good affiliate,

    BalasHapus
  11. I really enjoy this blog! I just stumble upon your blog page and desired to say that I've really enjoyed reading your blog page post.

    BalasHapus
  12. Your blog is awe-inspiring. I have found many new things. The information you provide on this site has helped me tremendously.
    RCP Carpeting & Flooring

    BalasHapus